KWJF 2017 bawakan 18 buah kumpulan Jazz, 29 & 30 Sept

KUCHING – Kuching Waterfront Festival (KWJF) 2017 buat julung kalinya akan mempersembahkan 18 buah kumpulan Jazz pada 29 dan 30 September di Tebingan Kuching Sarawak.

Mereka merupakan penghibur Jazz dari Amerika Syarikat, Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Jepun terdiri daripada Jeremy Monteiro and The Asian All-Stars Power Quartet feat Melissa Tham, Jeremy Monteiro and The Asian All-Stars Power Quartet feat Ernie Watts, Sheila Majid, Lewis Pragasam & Asia Beat feat John Kaizan Neptune, Andy Peterson, Balawan Magic Fingers, Abdul & The Coffee Theory, Sri Hanuraga Trio feat Dira Sugandi.

Selain Kunto Aji, Mellow Motif, Baihana, The Shanghai Sisters, Diana Liu, Akoustik Connexion, Jolynn Joelle Chin, Borneo Big Band feat Jessel Yansalang, Shaffiee Obe n All The Best dan UKBD.

Demikian ujar Timbalan Pengurus Besar Sektor Komersil dan Pengarah Pelancongan dan Bahagian Hospitaliti, Perhubungan Awam dan Bahagian Komunikasi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Edwin Abit di siding media yang dijalankan pihaknya di sini baru-baru ini.

“Ia bukan sahaja untuk mempromosikan genre Jazz yang sentiasa hijau tetapi juga sebagai kesedaran dalam menyokong program transformasi Bandaraya Kuching sebagai pusat pelancongan.

“Kita juga mahu lebih banyak bakat muda dalam bidang seni muzik tampil dan mempertonjolkan bakat mereka disini,” tegasnya lagi.

Pihak kami menganggarkan kira-kira 1,500 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat untuk bertandang setiap hari bagi melihat pertunjukkan yang menakjubkan ini.

Malahan lebih daripada 10 orang wartawan antarabangsa dari Indonesia, Thailand, Singapura serta India akan menyebarkan pertunjukkan ini ke mata dunia.

Pihak penganjur iaitu Grand Margherita Hotel berkata pihaknya sudah membuka penjualan awal tiket pada harga istimewa RM60 untuk dewasa sehari dan RM100 untuk dunia hari.

Pada masa yang sama, RM30 sehari untuk kanak-kanak berumur diantara 3 sehingga 12 tahun sebelum 30 Julai ini.

Harga normal tiket adalan pada RM80 sehari untuk dewasa dan 120 untuk dua hari dan RM40 untuk kanak-kanak.

Sementara jika dibeli di tapak festival pada hari 130 sehari untuk dewasa dan RM200 untuk dua hari dan rm65 untuk kanak-kanak.

Tempahan bilik turut disediakan bagi Grand Margherita Hotel, Riverside Majestic Hotel dan Damai Beach Resort yang boleh ditempah secara online di www.kuchingwaterfrontjazz.com, Grand Margherita Hotel, Riverside Majestic Hotel, Damai Beach Resort dan Place Borneo Sdn Bhd.

Sebarang pertanyaan boleh juga melayari di facebook: @kuchingwaterfrontjazzfestival atau instagram @kuchingwaterfrontjazz. Turut hadir sama adalah Ketua Pegawai Operasi Sara Hospitality Sdn Bhd, Bahagian Hospitaliti dan Pelancongan, John Augustin, Pengurus Besar Grand Margherita Hotel, Mok Pin Chuan, Penasihat KWJF 2017, Gracie Geikie dan Pengarah Urusan Place Borneo Sdn Bhd Event Management Company KWJF, Mona Abdul Manap

Source: https://www.utusanborneo.com.my/2017/06/19/kwjf-2017-bawakan-18-buah-kumpulan-jazz-29-30-sept

Leave a Reply